23 May 2020

"BUKAN CARI PASAL OR CONTROVERSY, JUST NAK LUAHKAN... BUKAN NAK AGAINST ANYONE" - NABILA


Sebelum ini, pelakon Nabila Huda meluahkan pendapat menerusi laman media sosial Twitter mengenai pihak syarikat produksi perfileman dan drama dibenarkan untuk menjalankan pengambaran tidak lama lagi iaitu selepas Aidilfitri, namun ia perlu mematuhi SOP ketat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.





Kongsi pelakon berusia 35 tahun ini, dirinya kurang bersetuju jika pengambaran beroperasi kembali dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Di samping itu, Nabila berasa bimbang dan khuatir jika ada pelakon atau krew yang terlibat dijangkiti penyakit Covid-19 ketika pengambaran drama dijalankan.

Bukan hanya Nabila, ramai juga turut memberikan pandangan terhadap perkara tersebut. Terkini, ibu kepada seorang cahaya mata itu menjelaskan luahan pendapat berkenaan bukan sekadar untuk mencari kontroversi. Niatnya hanya mahu memberikan pandangan: "Saya Bukan Nak cari pasal or cari controversy. Takde masa.

"Just Nak luahkan pandangan apa Saya rasa jujur dari hati. Bkn Nak against anyone. Saya tak suka Bila kite Asyik complain susah dalam keadaan Memang kite tak boleh Nak buat apa2 ni.. seolah2 kite tak redha dengan ujian ni..," tulisnya.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Nabila Huda


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: