08 May 2020

SYED BAKRI BUANG PANGGILAN PU, MAHU MULA KEHIDUPAN BARU


Juara Pencetus Ummah musim 2015 (PU 2015), Syed Bakri menerusi laman Instagram miliknya telah memberitahu panggilan PU di dalam pangkal namanya itu selepas ini tidak akan digunakannya lagi. Menurut Syed Bakri dia mengambil keputusan tersebut apabila merasakan ia lebih mudah untuknya menjalankan kerja berdakwah tanpa mengaitkan dengan apa-apa gelaran.





"Tiada lagi PU Syed di Instagram (IG) ni ya, lepas ni di Facebook (FB) pun sama. Ambe (saya) gunakan nama ambe sendiri, ambe rasa lebih mudah untuk jalankan kerja dakwah, mengajak dan menegur tanpa kaitkan dengan gelaran atau apa-apa jawatan," jelasnya yang berkongsi perkara tersebut di akaun IG miliknya.

Pun begitu, Syed Bakri berkata dia bersyukur selama lima tahun menggunakan gelaran itu dia melalui pelbagai pengalaman suka duka: "Alhamdulilah , hampir 5 tahun letak 2 huruf di depan iaitu PU, banyak suka duka yang ambe dapat. Insya-Allah selepas ini panggil ambe Syed Bakri ya, ambe baru nak mula kehidupan yang baru," katanya lagi.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Syed Bakri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: