08 May 2020

"PENDIRIAN KELUARGA PENDIRIAN SAYA... TIADA SYARAT" - FATIN BELUM RUJUK DENGAN DAI' FARHAN


"Tiada apa-apa perbincangan berkenaan hal rujuk kembali antara saya dengan bekas suami. Selepas dari berpisah, saya sepenuhnya menggunakan ahli keluarga sebagai orang tengah. Sekiranya ada apa-apa perhubungan atau perbincangan yang ingin bekas suami lakukan bukannya terus dengan saya.





"Pendirian ahli keluarga saya itulah pendirian saya. Ahli keluarga saya masih berpendirian untuk saya istiqamah dengan kehidupan sekarang kerana ahli keluarga sentiasa menyokong dan membantu saya dan anak-anak," demikian maklum bekas isteri pertama pendakwah bebas Da'i Farhan, Fatin Nurul Ain menerusi media sosialnya.

Fatin mengesahkan yang dia dan Da'i Farhan dan masih belum merujuk semula. Kata Fatin, sehingga kini masih belum ada sebarang perbincangan untuk kembali rujuk dan semua keputusan bergantung pada keluarga.

Tambah Fatin lagi, keluarganya tidak meletakkan sebarang syarat untuk mereka rujuk semula: "Ahli keluarga saya tidak pernah meletakkan apa-apa syarat untuk rujuk kembali kerana ahli keluarga teguh dengan pendirian biarlah saya dan anak-anak hidup bersama ahli keluarga," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Perkongsian Fatin itu bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan orang ramai ekoran pendedahan isteri muda Da'i Farhan, Dr. Erin bahawa mereka telah bercerai pada April lalu. Fatin juga menyeru orang ramai agar memberikan tumpuan pada amal ibadah sempena kedatangan bulan Ramadan.

Minggu lalu kecoh apabila Erin mendedahkan dia telah bercerai talak satu dengan suamiya menerusi rakaman audio di aplikasi WhatsApp. Pasangan itu telah berkahwin pada Oktober tahun lalu dan Farhan telah menceraikan isteri pertamanya, Fatin yang sedang sarat hamil menerusi aplikasi sama selepas sebulan berkahwin dengan Erin.

Selepas kisah perkahwinan mereka tular, pelbagai pihak mula bersuara hingga kata Erin ada yang mula melancarkan komplot untuk melihatnya dan Farhan bercerai.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: