17 May 2020

USIA MENGINJAK 87 TAHUN - MAT SENTOL MASIH SIHAT


Pelakon veteran Mat Sentol atau nama sebenarnya Abd Rashid Yahaya dilihat masih sihat meskipun usianya menginjak 87 tahun. Pelakon yang popular dengan filem 'Mat Tiga Suku' pada 1967, mesra dengan panggilan Pak Mat juga tidak mempunyai penyakit kronik lain. Mat Sentol berkata, beliau gemar memakan sayuran dan tidak suka mengambil makanan segera.





Katanya, selain pemakanan yang baik dan dijaga rapi, insan lagenda ini juga gemar berjalan kaki untuk ke satu-satu lokasi: "Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya memang suka berjalan kaki. Malah berjalan kaki untuk ke satu-satu tempat berurusan berdekatan Larkin berbanding menaiki kenderaan.

"Sekarang sudah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) duduk di rumah saja, tetapi setiap hari akan pusing keliling rumah berjalan kaki. Saya sihat, tidak ada penyakit, mata pun masih nampak lagi", katanya ketika ditemui di kediamannya di Larkin.

Mat Sentol tinggal bersama isterinya, Jamilah Kasri, 71, dan dua anak lelaki yang menjaga segala kebajikan mereka berdua iaitu, Roslee Rashid, 58 dan Roswan Abd Rashid, 37. Tidak pernah lekang dengan lawak spontannya Mat Sentul berkata, beliau meneruskan aktiviti penulisan skrip.

"Ada buat skrip macam-macam... tak boleh beritahu, rahsia. Selain buat skrip tangan letak tongkat dagu... termenung (ketawa). Sukalah ada artis muda melawat, besar hati bila mereka hendak datang di rumah saya. Sihat tetapi umur macam ini kadang-kadang tidak kuat, umur sudah 87. Kalau dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad orang nampak cakap macam adik-beradik", katanya berseloroh.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: