17 May 2020

UMUM ISTERI HAMIL 'BABY GIRL' - RIZMAN NORDIN MOHON DOA


"Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah.. it's a GIRL!!!! Sempena Ramadan yang mulia ni, sy nak kongsikan berita gembira ini kepada semua. Sekalung penghargaan dan Terima kasih pada anda yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan my syg Suraya.





"Kami berharap anda terus mendoakan juga agar pinchesss kami dilahirkan cukup sifat, indah seindah makhluk ciptaanNya dan semoga dengan kehadirannya, dapat membawa kami, ibu dan ayahnya ke syurga Allah yang firdausi.

"Amin amin ya rabbalalamin..," demikianlah tulis pereka terkenal, Rizman Nordin yang berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal timang anak perempuan dan turut mendoakan agar bakal 'puteri' itu dilahirkan dengan sempurna serta dapat membawa kebaikan buatnya dan isteri, Nurida Suraya.

Untuk makluman, Rizman Nordin menikahi Nurida Suraya pada 13 September 2019. Sementara awal Mac lalu, Rizman mengumumkan isterinya kini hamil empat bulan.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Rizman Nordin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: