10 May 2020

ZAMARUL BERI UCAPAN HARI LAHIR, SEKALI GUS UMUM DIANA HAMIL 5 BULAN


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, pelakon Zamarul Hisham berkongsi sekeping gambar isterinya, pelakon dan penyanyi Diana Rafar dan membuat ucapan selamat hari lahir. Bukan hanya itu sahaja, Zamarul turut mengumumkan isterinya kini sedang hamil 5 bulan.





"Selamat Hari Kelahiran buat bidadariku Diana Rafar. Terima kasih Allah kerna menjadikan dia permaisuri hidup ku. Semoga diberi kesihatan yg baik, diperluaskan pintu rezeki, sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah SWT," tulis Zamarul.

Pada masa yang sama, Zamarul turut mengumumkan berita gembira bahawa Diana kini sedang hamil 5 bulan cahaya mata ketiga mereka: "Alhamdulillah kini hamil 5 bulan, doakan kesejahteraan diana dan baby semoga diberi kesihatan yg baik. Luv u ma Diana Rafar," kongsi Zamarul tentang berita gembira itu dan turut mendapat komen dimana rata-rata sahabat dan peminat mengucapkan tahniah kepadanya dan isteri.

Zamarul dan Diana mendirikan rumah tangga pada tahun 2009. Pasangan tersebut telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Kashfi Haikal dan Kayla Reysha. Tahniah kami ucapkan kepada Zamarul dan Diana. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Zamarul Hisham & Diana Rafar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: