11 June 2020

"12.45 TENGAH MALAM... AKHIRNYA TERCAPAI" - ALMY NADIA TUNAI HAJAT ANAK NAK TENGOK KLCC


"Ni kejadian tengah malam tadi pukul 12.45 tengah malam, dia nak sangat-sangat tengok KLCC hampa tau.. Pak dia pun bawa lalu depan KLCC. Adoi... punyalah seronok tak terhingga dok nampak KLCC tu. Muka gembiralah apa lagi.. si Ayra lena.. sampai je rumah, si Aurora cakap 'adik tadi kakak tengok KLCC.. kesian adik tak tengok KLCC'.





"Dari sehari ke sehari nak pergi tengok, dah tak boleh keluar nak pergi tengok macam mana, akhirnya malam tadi tercapai nak tengok KLCC," demikian kata pelakon Datin Almy Nadia menerusi satu hantaran di laman Instagram.

Selepas berbulan duduk di dalam rumah, Almy akhirnya menunaikan hasrat anak-anaknya yang mahu keluar seketika untuk melihat bangunan ikonik, menara berkembar KLCC. Menurut Almy, permintaan anaknya itu hanya diturutkan lewat malam tadi apabila suaminya, Fizz Fairuz membawa mereka walaupun jam sudah menunjukkan hampir 1 pagi.

Klik untuk gambar besar


Almy turut berkongsi video gelagat anak-anaknya yang mengenakan persalinan baju raya hanya untuk melihat KLCC dari dalam kereta: "Inilah ragam anak-anak masa kecil. Siap pakej tengah malam pakai baju raya lagi hampa tau, jadikan kenangan untuk mereka masa besar nanti," ceritanya.

Sebelum ini, Almy pernah mengakui tidak mahu mengambil risiko untuk membawa anak-anaknya keluar dari rumah untuk bersiar-siar kerana bimbang dengan jangkitan Covid-19. Justeru, kata Almy dia hanya membenarkan anak-anaknya meraikan lebaran dengan sering menggayakan persalinan baju raya biarpun hanya terpaksa duduk di dalam rumah ketika sambutan Aidilfitri.

Semalam merupakan hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dalam tempoh itu, banyak kelonggaran diberikan kerajaan termasuklah pergerakan merentas negeri.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Media Hiburan & Instagram Almy Nadia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: