13 June 2020

ALAHAI... PERUT MAN RAJA LAWAK DAH TAK BERLAGA DENGAN TANK MOTOR


"3 bulan yang lalu aku ride muto ni perut berlaga ngan tank.. tapi semalam aku rasa macam tank muto ni dah semakin kecik pasal perut tak bersentuh pun," tulis pelawak Man Raja Lawak berseloroh mengenai penampilannya slim berbanding dahulu.

Apa yang menarik, perutnya yang boroi satu ketika dahulu telah susut apabila berjaya turunkan berat dari 98kg kepada 68kg.





"Ada juga orang yang ingat saya tak cukup makan ketika PKPD baru-baru ni. Tapi hakikatnya rumah saya ada stok makanan yang berlebihan dah macam kedai runcit. Beras ada lagi baki tiga empat kampit," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Saya hilang 30 kilogram daripada berat 98 kilogram sebelum ini. Macam tak percaya apabila baru-baru ini saya terpaksa tukar seluar jeans yang baru dibeli kerana tersalah saiz.

"Daripada saiz pinggang 38 sekarang dah boleh masuk 31. Seluar lama saya semua dah tak boleh pakai. Baru-baru ini saya ada beli seluar saiz 34 tapi sebab PKP tak boleh cuba seluar, pakai-pakai rupanya besar," tambahnya yang tetap lawak walaupun bercakap dengan serius. 😅

Klik untuk gambar besar






         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: