02 June 2020

AMYRA KERACUNAN MAKANAN, MUNTAH TAK HENTI: "ANAK KEDUA MASIH MENYUSU BADAN, TAKUT BERI KESAN..." - AMAR


"Amyra mengalami keracunan makanan yang agak teruk juga. Sebabkan banyak kali dia muntah tak berhenti dan mengalami sakit perut yang berpanjangan, saya ambil keputusan bawa dia ke hospital. Anak kedua kami masih lagi menyusu badan, saya takut akan beri kesan kepada baby sebab itu, saya terus bawa Amyra jumpa doktor.





"Selama satu jam juga Amyra di hospital semalam (Isnin) untuk rawatan. Alhamdulillah, keadaan dia semakin baik tapi sekarang sambung berehat di rumah saja," demikian kata pelakon Amar Baharin mengenai isterinya, pelakon Amyra Rosli yang mengalami keracunan makanan dan telah mendapatkan rawatan kira-kira sejam di sebuah pusat perubatan.

Amar berkata, Amyra mengalami muntah-muntah dan sakit perut yang serius selepas pulang dari rumah keluarga mereka pada Isnin. Sebelum ini, Amar atau nama penuhnya Amar Mohd Baharin, 35, memuatnaik foto Amyra sedang terlantar sakit di sebuah hospital dengan kapsyen mendoakan kesembuhan isterinya di Instagram.

Klik untuk gambar besar


Ruang komen di perkongsian Amar itu dipenuhi dengan doa netizen agar pelakon drama bersiri popular 'Nur' itu cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa. Dalam pada itu, beberapa rakan selebriti turut meninggalkan komen mendoakan Amyra dalam keadaan baik biarpun mereka tidak mengetahui penyakit yang dialami Amyra.

Untuk makluman, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 2016. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 2 dan Ayra Aryssa yang lahir pada 1 Februari lalu.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Amar Baharin & Amyra Rosli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: