17 June 2020

"BERCAKAP MACAM ORANG BIASA TETAPI OKU... HILANG 6 HARI LALU" - LISADWATI & FAUZI MOHON CARI ANAK SAUDARA


Menerusi satu entri di laman Instagram, pelakon Lisdawati telah memohon bantuan orang ramai bagi sama-sama membantu dalam usaha mengesan anak saudara suaminya, pelakon Fauzi Nawawi yang dilapor hilang. Perkata itu sudah berlanjutan sejak enam hari lalu.





Lebih membimbangkan, anak saudara suami Lisdawati itu merupakan orang kurang upaya (OKU) meski kelihatan normal. Laporan polis juga telah dibuat namun sehingga hari ini, belum punya petunjuk.

"Minta jasa baik ye.. sesiapa ternampak anak ini. Dia nampak mcm normal, berckp biasa mcm org biasa tetapi fikiran dia tak sama mcm kita sbb tu dia ketegori (OKU). Harap penjelasan ini org yg jumpa akan faham," kata Lisdawati.

Fauzi memberitahu laporan polis sudah di buat tetapi masih belum menemui apa-apa berita. Justeru Fauzi meminta bantuan orang ramai yang menjumpai anak saudaranya supaya boleh menghubungi nombor yang tertera di gambar tersebut.

Klik untuk gambar besar


"Mohon simpati dan pertolongan pada sesiapa yg ternampak dan terlihat remaja ini. Dia anak kakak saya, Remaja istimewa (OKU) dia hilang dari rumah sejak 6 Hari yg lalu, LAPORAN polis telah dibuat di balai POLIS PANTAI REMIS PERAK tapi masih belum Ada apa2 berita.

"Mohon bantuan dari warga insta dan masyarakat yg prihatin Supaya dapat hubungi nombor yg tertera di gambar Jika ternampak anak saudara Saya #fauzinawawi," kongsi Fauzi.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut bersimpati dengan nasib anak saudaranya dan turut cuba membantu mencarinya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Astro Gempak & Instagram Lisdawati


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: