08 June 2020

"BERSYUKUR SENTIASA DIKELILINGI ORANG YANG BAIK, IKHLAS, SAYANG CHEQ" - MAWAR SAMBUT HARI JADI SEDERHANA


Menerusi muatnaik di laman Instagram, usahawan tudung, Mawar Karim telah memuatnaik beberapa foto dan video dirinya menyambut ulang tahun kelahirannya pada 5 Jun lalu. Sambil menzahirkan rasa syukur, ibu tunggal beranak satu iki turut berkongsi foto serta video pendek sekitar sambutan hari jadi yang disambut cara sederhana.





"Alhamdulillah today my birthday, 5 June. Thanks a lot semua yg wish, celebrate my birthday. Tak pandai nk taip panjang2 my mission n visi seterusnya Alhamdulillah semua nya tercapai selama ni. Bersyukur sentiasa di kelilingi orang yg baik,ikhlas,syg cheq. Alhamdulillah rezeki cheq sentiasa ada. Apa pun Maryam la paling excited," tulis Mawar sambil disusuli dengan ucapan dari para pengkutnya.

Terdahulu, Mawar sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Fizo Omar pada November 2013. Bagaimanapun, pasangan yang dikurniakan seorang cahaya mata ini mengambil keputusan untuk berpisah, seterusnya membawa haluan masing-masing pada Julai tahun lalu.

Klik untuk gambar besar













www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Mawar Karim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: