"Saya memang panik sebab demam tak surut. Apatah lagi melihat video pengalaman mereka yang dijangkiti virus itu membuatkan saya lebih risau," kata pelakon Fadlan Hazim, 28, yang panik selepas menjangkakan dia dijangkiti Covid-19 apabila mengalami demam berterusan selama dua minggu, baru-baru ini.

Fadlan berkata, selepas dua minggu demamnya tidak kebah walaupun sudah mengambil ubat, dia ke hospital untuk menjalani ujian Covid-19, tetapi disahkan menghidap denggi. Walaupun disahkan bebas Covid-19, Fadlan turut bimbang apabila disahkan menghidap denggi pula.
"Pengalaman melakukan ujian itu agak tidak menyenangkan juga. Saya diberi masa lima hari untuk melihat perubahan sama ada denggi saya sudah surut atau tidak," tutur pelakon drama 'Papa Ricky' itu
Klik untuk gambar besar

Fadlan berkata, dia bersyukur kesihatannya kini bertambah baik selepas menjalani ujian berkenaan: "Doktor menasihatkan saya untuk kembali membuat pemeriksaan semula selepas beberapa hari. Mujur kandungan sel darah putih saya menurun dan sembuh dari denggi.
"Sekiranya keadaan saya tidak bertambah baik, kebarangkalian untuk dijangkiti Covid-19 tinggi disebabkan sistem imunisasi lemah. Saya juga mungkin boleh ditahan di hospital jika kesihatan masih merosot," katanya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Fadlan Hazim
________________________

No comments:
Post a Comment