13 June 2020

"PAPA PALING TERUJA SEBAB ADA GENG..." - EYRA HAZALI BAKAL BERSALIN ANAK LELAKI OGOS INI


"It's a boy! Alhamdulillah, mama dan papa tak sabar nak jumpa awak! Papa paling teruja sebab ada geng, sampai baju tu custom made," tulis pelakon Eyra Hazali yang mendedahkan dia dan suaminya, penjaga gol JDT Muhammad Haziq Nadzli, bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.





Eyra, 21, yang kini hamil tujuh bulan itu berkongsi khabar gembira tersebut di laman lnstagram pada Sabtu. Peminat Eyra turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan berkongsi rasa gembira mereka: "Ada geng main bola la lepas ni," kata seorang peminat. - "Tahniah. Mesti power main bola macam papa dia nanti," tulis seorang lagi peminat.

Pelakon filem 'M4M4' ini dijangka bersalin pada Ogos ini. Untuk makluman, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana di Masjid As Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Eyra Hazali & Haziq Nadzli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: