27 June 2020

DITUDUH KEMBALI BERTUDUNG SEBAB PUBLISITI & TAWARAN BERLAKON - FATHIA BERDOA KEKAL, TETAP ISTIQOMAH


"Saya takut sebenarnya bila orang cakap saya nak pakai tudung sebab publisiti. Ramai rakan wartawan tanya tapi saya pun tak suka publisiti. Tapi mestilah saya kena kerjasama juga dengan mereka. Terpulang pada orang ramai nak percaya atau tidak, itu terpulang," kata pelakon Fathia Latiff.





Fathia yang pernah mencetuskan kontroversi apabila kembali membuka tudung pada tahun lalu itu menafikan keputusannya untuk kembali memakai tudung untuk mencari publisiti atau mendapatkan tawaran berlakon. Pelakon drama 'Ariana Rose' itu sebaliknya menjelaskan 'penghijrahan' tersebut adalah urusan antara dirinya dengan Allah sahaja.

Menurut Fathia, secara jujurnya bukan mudah untuk dia menerima kecaman daripada netizen: "Tapi saya dah selalu kena kecam. Siapa yang tak nak buat baik kan. Jujur saya cakap bukan senang. Saya akan cuba sedaya upaya bukan sebab orang lain tapi kerana Allah dan diri sendiri.

"Saya berdoa supaya tak buka tudung lagi lepas ni, tetap istiqomah dan doa baik-baik saja," tutur Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff yang berkata demikian dalam program 'Lancaang Bethol'.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Fathia Latiff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: