18 June 2020

"ELOK JUGA MEREKA DAH TAK ADA, KERANA MESTI SEDIH & STRES BILA BACA & DENGAR MULUT PUAKA PADA ANAK MEREKA" - AISHAH


"Berpuluh tahun dah mereka pergi, lama sungguh hidup yatim piatu tanpa mereka. Apabila saya fikirkan semula segala kejadian dalam hidup saya, kata-kata nista yang dilemparkan, cara orang buat kita, saya selalu tertanya-tanya... kalaulah mak dengan bapa ada, berani ke orang buat saya macam tu?





"Bila mereka tiada bukan saja tiada lagi doa mereka untuk saya tapi tiada lagi unconditional love mereka. Tiada lagi orang yang akan lindungi kita, pandai-pandailah jaga diri! Tetapi dalam masa sama, saya rasa elok juga mereka dah tak ada.

"Kerana mesti mereka sedih dan stres bila membaca dan mendengar kata-kata mulut-mulut puaka pada anak mereka, sedih bagaimana orang layan anak mereka terutamanya arwah mak, mesti terus naik gastrik," tulis penyanyi Aishah yang terkenang arwah ibu dan ayah yang sudah lama pergi dan berkata perjalanan hidupnya berbeza setelah berpuluh tahun hidup sebagai anak yatim piatu.

Klik untuk gambar besar


Menurut Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 55, jika orang tuanya masih hidup pasti mereka akan bersedih apabila mengetahui kepahitan yang dilalui sebagai anak seni: "Usah gundah gulana, yakinlah Allah SWT ada sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya," katanya menerusi laman Instagram miliknya.

Bersama kapsyen tersebut, penyanyi lagu 'Janji Manismu' ini turut berkongsi foto kenangan bersama arwah bapa serta ibunya, Wan Ariffin Pawan Teh dan Kamariah Datuk Ujang. Sementara itu, Aishah memaklumkan tidak banyak koleksi foto kenangan dirakam bersama Allahyarham kerana teknologi ketika itu tidak secanggih hari ini.

"Gambar lama tak banyak, bukan macam sekarang gambar main petik dekat handphone. Al-Fatihah untuk Allahyarham Wan Ariffin Pawan Teh dan Allahyarhamah Kamariah Datuk Ujang. Sampaikan yang baik-baik," ujarnya yang mendapat perhatian peminatnya yang meminta terus kuat dan tabah tempuh kehidupan ini.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak & Instagram Aishah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: