18 June 2020

"ADA YANG SALAH FAHAM ANGGAP SAYA SUDAH PERLAHANKAN KERJAYA..." - EIZLAN AKUI MASIH AKTIF


"Saya masih aktif menerima tawaran. Benar, ada yang salah faham menganggap saya sudah memperlahankan kerjaya selepas nama saya diumum sebagai salah seorang Ahli Perbadanan FINAS. Tapi, sebenarnya saya masih aktif seperti dahulu dan bila ada yang anggap saya perlahankan kerjaya seni, itu cuma salah faham sahaja," demikianlah kata pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof.





Eizlan menegaskan dirinya masih aktif menjalankan aktiviti seni. Masih mengambil tawaran dalam bidang lakonan, pengarahan serta kerja belakang tabir, isu ini timbul apabila nama Eizlan diumumkan sebagai Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Dalam pada itu, Eizlan menganggap tanggungjawab sebagai Ahli Perbadanan FINAS bakal digunakan untuk memperkasakan industri: "Saya orang industri, semuanya rakan-rakan saya. Mereka yang lebih tua saya anggap sebagai kakak dan abang manakala yang lebih muda saya anggap sebagai adik-adik saya.

"Kami bagaikan satu keluarga. Apabila saya dan yang lain diberi tanggungjawab dalam FINAS, kami berazam untuk menjalankan tugas untuk memperkasakan industri kreatif tanah air," ujar Eizlan yang bakal muncul dalam filem terbaru berjudul 'Town Mall'

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Eizlan Yusof


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: