18 June 2020

ANGGOTA KESELAMATAN KLIA TENGKING NOURUL KENA TINDAKAN TATATERTIB - MALAYSIA AIRPORTS MOHON MAAF


Sebelum ini, penyanyi Nourul Depp menerusi laman Instagram miliknya itu telah memuatnaik video meluahkan rasa kecewa dan kekesalan apabila dilayan dengan kasar dan ditengking oleh seorang anggota keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga ia hangat diperkatakan.





Kejadian tersebut berlaku semasa dia menghantar ibu dan bapa mertua di KLIA untuk pulang ke Perancis. Difahamkan, Noorul mahu membantu kedua ibu bapa daftar masuk kerana ibu dan bapa mertuanya tidak boleh berbahasa Inggeris dan Melayu.

Menerusi video itu, Nourul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab berkata dia faham mengenai prosedur operasi standard (SOP) namun berharap anggota berkenaan lebih bertimbang rasa dan berbudi bahasa ketika menjalankan tugas.

Susulan insiden itu, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memuatnaik kenyataan maaf kepada Nourul dan keluarga serta memaklumkan telah mengambil tindakan tatatertib terhadap petugas Keselamatan Penerbangan (AVSEC) berkenaan.

Klik untuk gambar besar


Wakil pengendali lapangan terbang itu berkata, pihaknya tidak akan membiarkan sikap seperti itu dalam kalangan kakitangan mereka: "Malaysia Airports tidak akan membiarkan begitu sahaja sikap biadab mana-mana kakitangannya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Malaysia Airports berkata pihaknya telah menjalankan siasatan segera setelah menerima maklumat kejadian itu, selain turut mengesahkan kejadian berkenaan adalah seperti yang dilaporkan. Syarikat itu turut memohon maaf kepada Nourul dan keluarganya atas kejadian yang dikesali itu.

Pihak berkenaan juga mengingatkan penumpang untuk merujuk di laman webnya untuk pertanyaan yang sering diajukan (FAQ) berhubung kebiasaan baharu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nourul Depp


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: