Pelakon Intan Najuwa baru-baru ini telah memuatnaik gambarnya bersandar di bahu seorang lelaki sehingga ia menjadi perhatian ramai. Meskipun foto yang dikongsikan hanya separuh, namun netizen yakin bahawa lelaki itu adalah bekas tunangnya.

Nampaknya tekaan netizen sememangnya tepat apabila Intan mengesahkan identiti lelaki di dalam foto berkenaan adalah bekas tunangnya yang juga ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli. Intan, 23, berkata meskipun sudah putus tunang pada Februari lalu, bagaimanapun hubungannya dengan Razrul tetap baik. Ujarnya, dia dan Razrul kini mahu menjalani kehidupan dengan lebih matang.
"Betul, lelaki dalam gambar itu adalah bekas tunang saya. Di kapsyen pun tak ada tulis kami kembali bersama atau apa. Cuma, ingin dijelaskan perhubungan kami masih baik, walaupun selepas putus tunang tempoh hari. Kalau ada jodoh, adalah.
"Saya tak mahu kalau cakap kembali bersama orang menganggap kami macam budak-budak pula. Jadi, biarlah saya jalani dengan 'follow the flow'. Biarlah antara kami saja faham dan jalani secara matang," kata pelakon drama 'Kekasih Paksa Rela' itu.
Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Intan yang popular menerusi drama 'Setelah Ku Dimiliki' ini menjelaskan selama ini hubungan mereka baik-baik sahaja dan tidak pernah bergaduh. Intan turut berkata tujuan dia memuatnaik gambar berkenaan hanya sekadar suka-duka dan bukan mahu mencetuskan kontroversi.
Tambahan pula, selama ini kami tak pernah bergaduh pun. Memang tak ada masalah begitu juga dengan keluarga kami. Semuanya okay saja. Saya memuatnaik gambar itu bukan bertujuan untuk buat kontroversi pun. Ia sekadar ‘posting’ (hantaran) suka-suka. Mohon doakan yang baik-baik buat kami. Kalau ada jodoh, adalah," jelasnya lagi.
Terdahulu, Intan yang kini menjalani penggambaran drama 'Pink Smile' bagi slot Lestary, TV3 itu mengesahkan dia putus tunang dengan pasangannya selepas mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos tahun lalu kerana tiada persefahaman. Menerusi kenyataan itu, Intan enggan mendedahkan punca sebenar perpisahan mereka.

www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Intan Najuwa
________________________

No comments:
Post a Comment