18 June 2020

FAZURA TARIK NAFAS LEGA BILA BEBAS TUDUHAN LANGGAR KONTRAK


"Alhamdulillah hari ini terbukti saya tidak bersalah dan jelas segala tuduhan Maydan Trading terhadap saya memang tidak berasas," demikian tutur pelakon dan penyanyi Nur Fazura apabila didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan berhubung dakwaan melanggar kontrak bagi mempromosikan produk kesihatan dan kecantikan.





Fazura yang ditemani suaminya, Fattah Amin berkata beliau kini seakan mampu menarik nafas lega selepas lebih dua tahun mempertahankan maruahnya yang tercalar. Tambah Fazura, beliau seakan terkejut apabila produk mereka dianggap sebagai tidak sah kerana tidak mendapat kelulusan phak berwajib.

Menurut Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Firuz Jaffril berkata, Fzaura bersama syarikat Maydan Trading selaku laintif adalah tidak bersalah dan terbatal kerana produk 'Q Tab' yang dipromosikan gagal mendapatkan kelulusan pihak berwajib.

Klik untuk gambar besar


Sehubungan itu, Narhamdan Abd Malek selaku pemilik Maydan Trading diarahkan mahkamah untuk membayar kepada defendan Universal Music dan Fazura kedua masing-masing sebnayak RM40,000. fazura bebas kes saman

Terdahulu, Narhamdam telah mengemukan saman kepada Fazura pada 16 Disember 2017. Dalam penyataan tuntutan, plaintif itu mendakwa pada 10 Ogos 2017, terdapat perjanjian antara beliau dengan Universal Music supaya Fazura memasarkan produk keluarannya.

Bagaimanapun, sekitar penghujung September 2017, plaintif sekai lagi tampil mendakwa Fazura telah melanggar kontrak kerana melancarkan serta memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu 'Trudolly' dan 'ruBeauty', sedangkan beliau masih terikat dengan kontrak pemasaran 'Q Tab'.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Hlive & Instagram Fattah Amin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: