19 June 2020

ISTERI HAMIL 13 MINGGU - ANGKASAWAN NEGARA BAKAL TIMANG ANAK KEMBAR LAGI


"Expecting Twins again. Alhamdulillah, syukur teramat. Dr Halina is now 13 weeks pregnant with twins. I’m just thrilled, speechless and over the moon.

"It’s like DejaVu all over again. We have always wanted a big family," tulis angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, yang berkongsi berita gembira apabila isterinya Dr. Halina Mohd Yunos, kini hamil lagi anak kembar.





Difahamkan, isterinya yang kini berusia 40 tahun sedang hamil anak kembar dengan usia kandungan mencecah 13 minggu.

"But carrying twins during pregnancy is totally high risk as we have experienced that before. Double Nauseous. Double Vomiting. Double Bloating. Double Craving. Double Bleeding – which she did.

Klik untuk gambar besar


"It was tough seeing Dr Halina undergoing through her 1st trimester and still working as frontliners treating Covid patients and she truly deserve my utmost respect," tambahnya di mana proses kehamilan serta alahan menjadi cabaran buat isterinya apatah lagi sedang menjalankan tugas sebagai barisan hadapan bagi merawat pesakit Covid-19.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 2010 dan telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.






Sumber : Dr Sheikh Muszaphar Shukor

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: