19 June 2020

ISU BAYAR ZAKAT - AERIL ZAFREL NAFI MENUNJUK


"Hari itu saya ada buat hantaran di Instagram mengenai niat saya untuk membayar zakat setiap bulan serta mengajak dan mengingatkan kepada mereka yang berniaga untuk melakukan ibadat wajib ini.

"Jika kita tidak mampu untuk mendoakan, jangan kita menjadi asbab menyebarkan kebencian. Niat itu urusan hati, hati itu urusan Ilahi," tulis Aeril Zafrel yang terkilan apabila didakwa sengaja menunjuk-nunjuk ketika berkongsi niatnya menunaikan zakat setiap bulan berbanding setahun sekali sebelum ini di Instagram.





Menurut Aeril, netizen tidak seharusnya menjadi punca dalam menyebarkan kebencian jika tidak mampu mendoakan dirinya.

Aeril berkata demikian berpunca daripada beberapa komen negatif netizen yang menyifatkan tindakan Aeril membayar zakat hanya menunjuk-nunjuk. Lebih buruk, ada juga netizen yang mendakwa Aeril tidak ikhlas dalam ibadah tersebut kerana mempamerkan gambarnya sedang membayar zakat peribadi serta zakat perniagaan di IG.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: