05 June 2020
HANYA CAKAP INGGERIS DI RUMAH - ANAK RAMONA ZAM ZAM TAK DIAJAR BAHASA MELAYU
"2 years and a half now. Baby girl, you gotta stop growing this mama can’t take it," demikian kongsi pelakon Ramona Zamzam, mengenai tumbesaran anaknya, Ivanna Alashkar.
Namun dalam kebahagiaannya itu, ada pihak yang kurang senang dengan cara didikan Ramona apabila mendakwa pelakon itu tidak menitikberatkan bahasa Melayu tetapi sebaliknya hanya bercakap bahasa Inggeris pada Ivanna.
"Sebenarnya ramai yang tanya soalan sama (sama ada anak faham Bahasa Melayu). Jawapannya, tak faham. Ia dicadangkan oleh doktor kami.
"Masa awal-awal kami bercakap dengan Ivanna ayahnya cakap bahasa Arab. Dia pergi tadika Cina jadi cikgu-cikgu dia cakap Mandarin dengan dia. Saya bercakap dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di rumah, tapi doktor cakap nanti bimbang Ivanna keliru.
"Sebabnya bahasa utama kami (saya dan suami) di rumah Bahasa Inggeris. Cadangannya ialah satu orang hanya cakap satu bahasa sahaja, jadi saya kekal dengan Bahasa Inggeris untuk elak kekeliruan," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, kata Ramona meskipun anaknya bertutur dalam Bahasa Inggeris tetapi dia tetap yakin anaknya dapat menguasai pertuturan dalam bahasa Melayu satu hari nanti.
"Bukanlah sebab saya memang tak mahu ajar anak cakap Bahasa Melayu. Bahkan, saya bangga nak katakan yang subjek Bahasa Melayu memang selalu skor A, walaupun saya belajar di sekolah Cina.
"Cuma, saya percaya, kalau dah tinggal di Malaysia, 100 peratus yakin Ivanna akan pandai cakap Melayu. Sekali-sekala ada juga terlepas cakap Melayu, tapi saya fokus lebih kepada Bahasa Inggeris," ujarnya yang mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015.
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment