04 June 2020

IG DIGODAM, HILANG 333,000 PENGIKUT - SURIA FM BUAT LAPORAN POLIS, TOKTI & NAD ZAINAL HAMPIR JADI MANGSA


Cubaan mengodam akaun pengguna laman sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab nampaknya terus berleluasa terutamanya membabitkan golongan selebriti dan influencer. Kali ini, stesen radio Suria FM pula memaklumkan akaun Instagram milik mereka @suriamalaysia tidak dapat diakses dan dipercayai menjadi mangsa penggodam.





Suria berkata akaun tersebut hilang daripada carian sejak petang Rabu: "Suria FM ingin memaklumkan bahawa akaun media sosial Instagram tidak lagi dapat diakses dipercayai digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini disedari oleh pihak Suria FM dan kini kami sedang berusaha untuk mendapatkan kembali akaun tersebut," katanya.

Sementara itu, Suria FM menasihati pendengar dan pengikut mereka supaya turut berhati-hati dengan sebarang mesej mencurigakan yang dihantar individu tidak dikenali. Malah, stesen tersebut akan membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku dan berulang kembali.

"Kami menasihati pengikut-pengikut akaun Suria Malaysia untuk tidak melayan sebarang DM dan mesej palsu yang menggunakan nama Suria Malaysia atau nama asing. Sebarang maklumat terkini hanya akan dimaklumkan melalui akaun media sosial Facebook dan Twitter Suria FM sahaja buat sementara waktu. Kami akan membuat laporan polis bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk dan lebih ramai akaun yang diikuti Suria FM Malaysia digodam," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Menurut Pengurus Kanan Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, Suria FM sedang berusaha untuk mendapatkan kembali akaun tersebut: "Kami masih lagi meminta pasukan IT untuk periksa dan laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia," jelasnya menerusi satu kenyataan.

Pada pagi Khamis, dua selebriti iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Nad Zainal berkongsi paparan skrin mesej yang diterima daripada individu tidak dikenali menyamar sebagai wakil Instagram meminta pengguna melayari link yang diberikan. Mesej palsu itu dipercayai merupakan antara taktik penggodam untuk mengakses akaun seseorang.

Sebarang maklumat terkini hanya akan dimaklumkan melalui akaun media sosial Facebook dan Twitter Suria FM sahaja buat sementara waktu. Terdahulu, akaun Instagram @suriamalaysia telah mengumpul seramai hampir 333,000 pengikut.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: