25 June 2020

KERANA FOTO LEHER, RAMBUT PANJANG - FINALIS HERO REMAJA, ANIQ 'DISERANG', INGAT V BTS


Finalis program Hero Remaja 2020, Aniq Suhair baru-baru ini telah 'diserang' netizen dari seluruh dunia, gara-gara foto yang dimuat naik olehnya di Instagram seakan-akan mirip ahli kumpulan terkenal BTS iaitu V atau nama sebenarnya, Kim Tae-hyung. Menurut Aniq, dia tidak menyangka foto tersebut boleh menjadi tular namun menganggap ia sebagai batu loncatan untuk terus dikenali serta membuka peluang mengembangkan bakat ke luar negara.





"Saya pun tak sangka gambar itu boleh viral sebab mereka fikirkan itu foto Taehyung. Saya ambil positif saja sebab secara tidak langsung seperti rezeki kerana dapat dikenali seluruh dunia disebabkan kekeliruan itu. Soal komen negatif itu, saya biarkan dan tolak tepi sahaja. Itu terpulang kepada pendapat mereka dan siapalah saya untuk menilai diri sendiri seperti artis lain.

"Saya tetap menjadi diri sendiri yang suka fesyen artis Korea. Sebenarnya saya bersyukur juga apabila viral ini sebab mungkin ada peluang untuk lebih dikenali, manalah tahu kalau ada rezeki dapat kembangkan bakat hingga ke luar negara," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, jejaka berusia 20 tahun itu memuat naik di Instastory beberapa komen daripada peminat Taehyung dari seluruh dunia yang keliru melihat foto-fotonya. Foto yang hanya memperlihatkan leher Aniq dan rambut panjangnya itu dimuat naik pada April lalu namun menjadi tular selepas ada netizen berkongsi semula imej berkenaan di Twitter sehingga mendapat perhatian peminat Taehyung.

Dalam pada itu, Aniq memberitahu dia tidak mempunyai masalah jika ada peminat membuat perbandingan dia dengan artis K-Pop kerana mengakui menjadikan kejayaan selebriti luar negara itu sebagai inspirasi: "Saya okay saja sebab seperti yang kita tahu, peminat K-Pop ini memang worldwide. Jadi, saya menjadikan kejayaan artis K-Pop sebagai inspirasi untuk kerjaya saya dalam bidang seni.

"Saya sendiri pun ada meminati beberapa artis K-Pop seperti Cristian Yu dan lain-lain... jadi tak ada masalah pun jika disamakan dengan artis K-Pop. Lagipun muzik dan drama Korea pun memang jadi kegemaran masyakarat Malaysia. Apa salahnya jika kita sokong satu sama lain," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aniq Suhair


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: