02 June 2020

"MAKIN HILANG DERIA BAU, BERGANTUNG SPRAY HIDUNG..." - SHAKILLA ALAMI MASALAH HIDUNG


Baru-baru ini menerusi laman Instagram, pelakon Shakilla Khoriri telah meluahkan kebimbangan apabila merasakan dirinya semakin hilang deria bau. Menurut Shakilla, dia sudah merujuk kepada doktor selepas mendapati terdapat ketulan lendir dalam rongga hidungnya, namun, masalah tersebut tetap menghantuinya sehingga kini.





"Peratusan oksigen yang masuk hanya 40 peratus dari ruang hidung sebab hidung tersumbat dengan 'benda alah' ni. Macam lendir tapi bila dihembus tak keluar, bila disentuh atau tolak tak bergerak tapi boleh bertukar ke kiri atau kanan hidung.

"Pernah pergi klinik tapi doktor kata hanya alergi dan kesan selesema atau bersin berkali-kali. Saya jadi makin hilang deria bau disebabkan tertutup ruangan saluran hidung ni," katanya menerusi satu entri di Instagram.

Klik untuk gambar besar


Jelasnya lagi, buat masa sekarang dia hanya bergantung kepada ubat yang dibeli daripada farmasi sahaja: "Selama ini, saya hanya bergantung pada spray hidung yang dibeli di farmasi. Makin hari makin kerap sebab ruang oksigen makin sempit tertutup dengan ketulan lendir ni," kata isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali itu.

Ujar Shakilla, masalah tersebut menjadi semakin kritikal selepas melahirkan anak sulungnya, Ameena. Begitupun, di ruangan komen, rata-rata meminta isteri kepada penyampai radio Fizi Ali itu merujuk kepada pakar telinga, hidung dan tekak (ENT): "Kena jumpa doktor pakar ENT, bukan doktor biasa. Suami saya hari tu sampai kena bedah sebab susah nak bernafas, macam tu lah," komen sebahagian pengikutnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shakilla Khoriri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: