11 June 2020

MASAK RENDANG TOK PAKAI BAJU TERDEDAH, ALICIA AMIN HENTAM BALIK NETIZEN


Kita faham musim PKP ni ramai kalangan artis dan selebriti cuba berniaga untuk mencari pendapatan sampingan. Malah model Alicia Amin turut mencuba nasib memasak sendiri rendang tok bagi dijual di pasaran termasuk mendermanya pada yang memerlukan.

Namun dalam satu muatnaik videonya ketika memasak, dia tidak memakai baju yang sesuai tetapi hanya memakai pakaian terdedah sahaja hingga menerima kecaman netizen.

"Up all night making 10kg rendang! RM25/200g RM50/500g.





"Saya bekerja di F&B dan saya telah mendapatkan suntikan typhoid. Saya tidak memakai sarung tangan, penutup rambut dan apron kerana telah banyak kali kita melihat orang yang menjual dan memasak di bazaar/tepi jalan. Saya jamin tangan saya bersih dan selalu dibasuh ketika menyediakan masakan itu," kongsinya yang menyangkal membuat rendang tersebut secara tidak terurus.

Malah katanya, dia bukan lah membuka perniagaan secara besar-besaran, tetapi hanya kecil-kecilan sahaja tetapi begitu cepat berkembang dalam masa hanya dua minggu. Dia akui memang banyak kekurangan dan dia telahpun memberitahu pada minggu lepas akan melakukan yang terbaik.

"Jika anda ada masalah dengan apa-apa sekalipun termasuk risiko kebersihan, kualiti bahan, masalah penghantaran atau rasa rendang itu, saya tidak wajib membantu anda dalam isu ini," tambahnya melalui posting di IG.

Klik untuk gambar besar












         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: