17 June 2020

MASIH BERTUDUNG LEPAS RAMADAN - GILIRAN LINDA HASHIM PULA BERHIJRAH?


Kebiasaannya artis hanya bertudung untuk menghormati bulan Ramadhan dan selepas tamatnya bulan suci itu, keadaan akan kembali seperti biasa, namun pelakon Linda Hashim yang juga isteri kepada pelakon Beego itu dilaporkan telah tampil imej berhijab sejak ramadhan yang lalu.





Aktres ini dilihat sering saja memuatnaik gambarnya mengenakan hijab di laman Instagram. Linda juga baru-baru ini telah memuatnaik sebuah video memaparkan dirinya yang manis bertudung bersama dengan suaminya, Beego. Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan dia dan suami memuji penampilannya kini.

Namun, tiada pernyataan rasmi adakah dirinya sudah berhijrah dan dia tidak pula membalas komen-komen yang dilontarkan peminat. Untuk makluman, pasangan Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2013 yang lalu dan kini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 5, Anggun Cassandra, 4, dan Indah Camella, 1.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Linda Hashim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: