10 June 2020

NETIZEN DOAKAN KEKAL BERHIJAB - BERSALIN 7 MINGGU LAGI, FASHA TAK SEMPAT BUAT PERSIAPAN


Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pastinya Fasha Sandha akan berhijab sempena menghormati bulan mulia itu. Meskipun bulan Ramadan sudah pun berlalu pergi, namun Fasha dilihat masih lagi mengenakan tudung. Malah, pada hari raya juga Fasha dilihat lebih selesa mengenakan tudung dan kebanyakan gambar yang dikongsikan di media sosial miliknya memaparkan dirinya berhijab.





Melihatkan penampilannya itu, rata-rata netizen memuji Fasha lebih ayu dan cantik apabila berhijab walaupun sedang sarat hamil. Senang dengan penampilannya itu, netizen juga mengharapkan agar Fasha akan kekal berhijab.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar pelakon tersebut akan terus istiqamah untuk bertudung. dan semoga dipermudahkan urusan bersalin tidak lama lagi. Dalam satu perkongsian gambar, suaminya, Aidil Aziz turut memuji kecantikan Fasha apabila berhijab.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Fasha menjelaskan dia pasti akan berhijab suatu hari nanti apabila dia sudah bersedia. Katanya lagi, dia mahu berhijab kerana Allah dan tidak hanya mengikut trend.

Sementara itu, berdebar menanti hari kelahiran cahaya mata baru hasil perkahwinan bersama pelakon Aidil Aziz, Fasha menjelaskan dia tidak sempat untuk menyediakan barangan persiapan gara-gara tidak boleh keluar rumah akibat penularan wabak pandemik COVID-19.



Dijangka akan melahirkan lagi tujuh minggu, Fasha mengatakan hanya akan memakaikan bayi itu nanti dengan pakaian milik Putri Raysha Jemyma ketika anaknya itu masih bayi lima tahun lalu, yang ditemubual oleh Sinar FM

"Untuk persiapan baby sebenarnya tiada persiapan pun lagi dan tak sempat beli baru sebab tak boleh keluar rumah. Memandangkan baju Jemyma dulu-dulu masih boleh pakai lagi, saya pakaikan balik nanti," katanya.

Fasha juga berkongsi pengalaman mengandungkan anaknya kali ini, dia berkata Aidil lebih teruja memandangkan ini anak pertamanya. Mengimbas kembali, Fasha yang sebelum ini pernah keguguran dua kali sebelum disahkan hamil anaknya kini.








www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Ohmymedia, Beautifulnara, Astro Gempak & Instagram Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: