19 June 2020

PERNAH JADI PESAKIT COVID-19 - PENGARAH 'AADD' & 'DEMI' TRAUMA KELUAR RUMAH


"Saya trauma sebenarnya untuk keluar rumah atau terima tetamu dalam rumah. Saya takut saya menjadi punca orang dijangkiti COVID-19 disebabkan saya. Selepas keluar hospital saya mengurung diri dalam bilik selama dua minggu," kongsi pengarah filem 'Ada Apa Dengan Dosa' (AADD) dan drama bersiri 'Demi', Rahila Ali yang mengakui berdepan trauma untuk keluar rumah atau menerima tetamu selepas keluar dari wad akibat positif COVID-19.





Jelas Rahila, dia tidak pernah keluar rumah untuk selain sesekali ke halaman untuk menghirup udara luar. Mengimbas semula kisah ketika dirawat kata Rahila dia seolah-olah terbayangkan kematian berada selangkah di hadapannya: "COVID-19 bukan perkara main-main, selepas balik dari Scotland saya dikuarantin dan selepas seminggu disahkan positif.

"Sepanjang dirawat hari-hari saya menangis, badan saya lemah tak berdaya. Nak tengok telefon pun tak larat. Saya muntah tak berhenti-henti, tak mampu nak bangun dan badan lembik. Ada masanya saya terfikir entah-entah terus kena simpan dalam kubur, tak sempat tengok keluarga pun," tambahnya.

Tambah Rahila, sebahagian hati serta kedua-dua paru-paru kiri dan kanannya rosak disebabkan virus COVID-19: "Mulanya rasa seperti ini malapetaka tetapi saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi," ujarnya yang disahkan positif COVID-19 bersama beberapa kru serta pelakon 'Demi' selepas pulang daripada menjalani penggambaran di Scotland pada April lalu.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: