19 June 2020

TEPATI JANJI - HANS ISAAC SALURKAN BANTUAN GUNA GAJI & ELAUN KEPADA PENGIAT SENI BELAKANG TABIR


Sebelum ini bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac nekad 'memulangkan' semua gaji dan elaun diterima sepanjang 13 bulan memegang jawatan itu kepada industri penerbitan filem dan drama.





Kini Hans menepati janjinya apabila menyalurkan semua gaji dan elaun diterimanya itu kepada penggiat seni belakang tabir yang terjejas dari segi kewangan akibat penularan pandemik Covid-19.

Hans berkata, seramai 80 individu menerima sumbangan wang ringgit dan barangan keperluan asas bagi meringankan beban mereka yang berdepan situasi sukar ketika ini: "Saya sudah dengar cerita mereka, memang sekarang masa yang sukar buat mereka.

Klik untuk gambar besar


"Ini masanya untuk kita bersama , kita perlu saling membantu antara satu sama lain. Saya akan cuba bantu apa yang termampu. Kita semua perlu bantuan dari masa ke semasa," katanya dalam satu hantaran di Instagram semalam.

Hans berkata, wang itu akan disalurkan kepada semua penggiat seni belakang tabir yang terjejas dari segi kewangan akibat penularan pandemik Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), baru-baru ini.

Hans yang dilantik menjadi Pengerusi Finas pada 8 April tahun lalu ditamatkan kontrak daripada jawatan itu pada 23 Mei lalu. Tempat Hans digantikan dengan Zakaria Abd Hamid yang juga aktivis masyarakat.




























www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Hans Isaac


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: