07 June 2020

PERNIKAHAN IKUT SOP - PELAKON ASYRAF ALEY SELAMAT BERGELAR SUAMI WARDINA ANUAR


Pelakon Asyraf Aley, 26, telah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya seorang model hijab, Wardina Anuar, 19, selepas perkenalan di sebuah konsert disusuli lamaran dua hari kemudian. Pasangan ini disatukan dalam satu majlis ringkas yang dikendalikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan COVID-19 di sini, semalam.





Dalam majlis tersebut, Asyraf menyerahkan hantaran sebanyak RM30,000 selain mas kahwin berupa barang kemas bernilai RM33,260 kepada Wardina. Tidak ketinggalan, tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang. Mengikut pasangan ini, mereka berkenalan ketika menyaksikan sebuah konsert di Jakarta, Indonesia. Selain berlakon, Asyraf mengusahakan perniagaan sendiri dalam sektor pembinaan.

"Sejak awal perkenalan, semuanya dipermudahkan. Wardina meminta saya berjumpa keluarga jika benar-benar serius untuk berkahwin. Saya mahu bertanggung jawab kepada dirinya yang masih muda. Selama ini, saya selalu menonton drama di mana pengantin perempuan adalah wanita muda. Akhirnya perkara ini terjadi kepada saya," kata Asyraf yang membintangi drama 'Jejak Karmila' dan 'Meh Sandarkan Pada Aku'.

Klik untuk gambar besar


Asyraf berkata, biarpun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana semua langkah terbatas, dia enggan melengahkan hari bahagianya itu: "Hendak tunggu wabak ini pulih kita tidak mampu menganggar bila. Pada saya, buat apa hendak menangguhkan perkara baik? Apa yang penting bernikah dan majlis persandingan dibuat mengikut adat," katanya.

Akur SOP ditetapkan, Asyraf berkata, hanya 10 orang hadir pada majlis pernikahannya: "Insya-Allah, kami merancang mengadakan majlis resepsi pada 1 Januari depan. Harap semua urusan itu dipermudahkan," katanya yang tidak keberatan melepas rindu jika ada tawaran menarik, biarpun sudah tidak aktif berlakon sejak tiga tahun lalu.






























www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Asyraf Aley & Wardina Anuar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: