07 June 2020

RASA SYUKUR KILAFAIRY KINI BERHIJAB - NEELOFA DOAKAN SEMOGA ISTIQOMAH, JADI WANITA SOLEHAH


"Aku doakan kau semoga istiqomah, semoga Allah tak bolak balikkan hati kau, kuatkan iman tingkatkan iman. Semoga kau dapat ilmu bermanfaat dan boleh lagi menjadi wanita solehah. Yang boleh dicontohi dan menjadi teladan orang.





"Yang bahagia dan tenang serta disayangi ramai. InsyaAllah," kata pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa yang rasa syukur dengan perubahan rakannya, Kilafairy dan mendoakan dia terus istiqomah, menerusi Insta Story miliknya.

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Kilafairy atau lebih mesra dengan panggilan Kila telah berkongsi foto terbaharunya dengan imej berhijab di akaun Instagramnya. Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa syukur dengan perubahan anak kepada Rohana Jalil itu.

Terdahulu, Kila sebelum ini sering kali dikaitkan sebagai artis wanita seksi. Namun pada awal Februari lalu, Kila meluahkan hasrat untuk berubah dan mengubah imej seksi yang cukup terkenal dengan dirinya.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Noor Neelofa & Kilaifairy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: