08 June 2020

RUJUK DENGAN ISTERI PERTAMA - PU ABU BUAT 'U-TURN'?


"Mereka tak mengaku biar saya beritahu, isteri dia Ain Afini bukan Hana Azraa"

"Saya nak jelaskan semua benda. Serius dah tak kuasa (tahan) nak layan benda-benda ni. Tak habis-habis lagi awak semua, ya.

"Mereka tak mahu mengaku, biar saya beritahu. Saya beritahu bukan sebab saya menyibuk atau apa... serius tak.

"Tapi sebab orang asyik tuduh saya yang bukan-bukan. Ya, mereka berdua masih suami isteri.





Tambah Hana, Ain dirujuk kembali sebagai isteri selepas dua minggu dia dan Abu bernikah.

"Ain dan Abu Sufyan rujuk dua minggu selepas kami nikah. Isteri Abu Sufyan itu Ain Afini. Bukan Hana Azraa.

"Mohon jelas ya semua. Antara saya dan dia tidak ada apa-apa melainkan dia dan Mateen, sekian," tulis bekas isteri kedua Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, iaitu Hana Azraa menerusi Instagram pada Ahad.

Menurut Hana, dia membuat pendedahan ini kerana enggan dikaitkan lagi dengan bekas suaminya itu kecuali demi anak lelaki mereka, Muhammad Uwais Al-Mateen.

Pada April lalu Hana turut mendedahkan dia sudah diceraikan Abu.

Pendedahan Hana ini susulan satu posting yang dibuat Abu di Instagram sempena ucapan hari lahir anak pertamanya, Muhammad Adam Aysar.

Klik untuk gambar besar


Melalui posting berkenaan Abu menyatakan anak pertamanya itu akan disayangi semua termasuk adik tirinya yang baharu berusia empat bulan, Muhammad Uwais Al-Mateen.

"Abi doakan agar Adam sentiasa kuat untuk menempuh hidup yang mencabar ni. Abi nak Adam tahu yang no matter what happen tak ada orang yang boleh menjarakkan kasih sayang kita.

"Adam jangan risau sebab Adam ada Abi dan Mateen yang sentiasa menyayangi Adam," tulisnya.

Ucapan Abu itu jelas tidak disenangi segelintir pihak yang mempertikaikan mengapa dia turut mengaitkan nama anak keduanya.

"Allahu. Kenapa saya dan Mateen juga yang kena ni. Kenapa awak semua salahkan saya? "Mateen pun dikaitkan sama. Saya tak tahu apa-apa pun.

"Dia nak tulis macam tu takkan saya nak tolong edit pula. Come on, guys!" tulis Hana sebagai reaksi balas yang dipetik melalui Mstar.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: