18 June 2020

SAHARUL BENGANG BIL ELEKTRIK MELAMBUNG RM1,144.75: "HANTU BERDISKO BUKA SUIS"


Pelakon Saharul Ridzwan menerusi laman sosial telah meluahkan rasa terkejut dan bengang apabila bil elektrik rumah ibu bapanya di Bandar Baru Bangi melambung sehingga RM1,144.75, bulan ini. Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 31, berkata, bil pada beberapa bulan sebelumnya dalam anggaran kurang RM400.





"Semalam ayah sudah menghubungi TNB (Tenaga Nasional Berhad) dan bertanya mengenai masalah itu. Menurut ayah pihak operator memaklumkan ia membabitkan bayaran purata. Tapi, apabila ayah buat perkiraan semula ia masih tak masuk akal. Takkan melambung sampai lebih RM1,000. Malah, ada jiran mereka bil mencecah hingga RM4,000.

"Tak tahu nak marah pada siapa sekarang. Hubungi operator pun, mereka cuma jalankan tugas. Salahkan sistem, orang yang buat. Siapa orang itu? Kata ayah hari ini orang TNB nak datang cek meter pula," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, pelakon drama bersiri Korban Kasih ini turut mempertikaikan bil elektrik yang diterima di rumahnya di Cyberjaya: "Ini lagi tak masuk akal. Rumah di Cyberjaya itu saya tidak duduk bermula sejak Februari lalu. Tapi, bil yang baru diterima lebih banyak daripada biasa.

"Walaupun cuma RM14.55, ia tetap tak logik sebab saya tak duduk situ pun. Tiada langsung penggunaan elektrik. Untuk jumlah itu boleh saja nak bayar, tapi tak bolehlah macam tu. Sebagai pelanggan kita kena tahu kenapa. Takkan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ada hantu berdisko buka suis dalam rumah tu?" katanya.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: