07 June 2020

TAK MAHU LAGI SEKSI - USIA MENINGKAT, KILAFAIRY KINI BERHIJAB


"Saya percaya niat yang baik akan dipermudahkan. Hati saya terbuka mahu mengenakan hijab. Saya membulatkan tekad tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa.

"Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Apa yang lebih diharapkan saya kekal istiqamah,” ujar Kilafairy yang sebelun ini sinonim dengan imej seksi, tiba-tiba tampil berhijab.

Persoalan peminat akhirnya terjawab apabila Kilafairy akhirnya mengakui sudah tekad untuk berhijrah dan bertudung sempena keberkatan bulan Syawal baru-baru ini.





"Perubahan ini seiring dengan peningkatan usia dan kematangan diri. Saya percaya dalam hidup kita tidak boleh terus berada di takuk lama, perlu ada penghijrahan.

"Saya berhasrat mahu menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Sudah enam bulan saya menjaga penampilan diri, nyata saya selesa," tambahnya yang mahu berubah menjadi lebih baik berkat doa ibu bapanya.

Malah Kilafairy dipetik sebagai berkata, keputusannya itu tiada paksaan daripada sesiapa dan berharap agar kekal istiqamah untuk terus berhijab.

Alhamdulillah, moga kekal hingga hujung nyawa hendaknya. Amin!

Klik untuk gambar besar






         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: