26 June 2020

TUKAR NAMA AKAUN, TIDAK FOLLOW ISTERI - ENGKU EMRAN & LAUDYA BERPISAH?



Benarkah rumah tangga Engku Emran dan isterinya Laudya Cynthia Bella, bermasalah apabila Engku Emran yang menukar foto profil (DP) di akaun Instagram miliknya. Jika sebelum ini, Engku Emran menggunakan gambar bertiga bersama Laudya dan anaknya, Aleesya... kini hanya berdua bersama Aleesya sahaja.



Malah nama akaun Instagram Engku Emran yang sebelum ini menggunakan nama @iamkumbre telah ditukar kepada @narmeukgne. Difahamkan juga, Engku Emran sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram isterinya, meskipun Laudya dilihat masih mengikuti Instagram Engku Emran.

Apakah yang berlaku? Mungkinkah mereka sudah tidak sefahaman lagi apabila ada spekulasi mengatakan mereka sudah tidak tinggal sebumbung meskipun tiada kenyataan rasmi daripada pasangan ini.

Untuk rekod, Emran pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada tahun 2007 tetapi mereka berpisah pada tahun 2014 sebelum tiga tahun selepas itu Emran menikahi Laudya.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: