23 June 2020

"TUNGGU SAYA BUAT LAPORAN & CARI ORANG TAK BERTANGGUNGJAWAB" - FAUZI NAWAWI KOMEN VIDEO LUCAH MIRIPNYA


Berhubung video bogel seorang lelaki miripnya dengan aksi melakukan onani yang tular sejak semalam, pelakon Fauzi Nawawi tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut sebaliknya berkata dia bakal mengambil tindakan dengan membuat laporan polis supaya pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan video tersebut dihadapkan ke muka pengadilan.





"Tak nak cakap panjang lagi, saya pun sudah beri kenyataan kepada media tadi. Jadi tunggu saya buat laporan dan cari orang yang tak bertanggungjawab itu," kata Fauzi ketika dihubungi selepas video lucah mirip pelakon itu tersebar sejak semalam.

Tambah suami kepada Lisdawati ini pihak yang tidak bertanggungjawab itu sengaja mahu menganiaya golongan selebriti sepertinya dan menjadikan ia sebagai profesion: "Orang yang suka menganiaya golongan artis ini memang dah profesion mereka. Satu kepuasan untuk mereka kalau berjaya memalukan seseorang artis.

Klik untuk gambar besar


"Logik akal kalau fikir apa faedah yang mereka dapat? Dan mereka tak takut dengan undang-undang, maknanya mereka ini professional. Malah kalau kita layan kerja mereka kita boleh jadi gila. Jadi pedulikan sahaja dan buat laporan dan serah pada undang-undang," tuturnya.

Untuk makluman, Fauzi dan Lisda mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007. Mereka dikurniakan 4 cahaya mata dan Fauzi mempunyai 4 orang anak lagi dari perkahwinan terdahulu.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fauzi Nawawi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: