15 July 2020

4 TAHUN KAHWIN - AKHIRNYA, HETTY SARLENE HAMIL



"Kami akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat minggu hadapan dan untuk menjadikan lebih teruja sambutan kali ini, kami ingin berkongsi berita gembira bahawa kami bakal timang cahaya mata pertama.

"Ini menjelaskan mengapa saya berdiam (aktiviti seni) buat seketika," kongsi penyanyi Hetty Sarlene yang akhirnya mengumumkan dia dan suaminya, Dani Aaqil bakal menimang cahaya mata pertama.

Lebih manis, berita gembira itu seolah satu hadiah sempena ulang tahun keempat perkahwinan mereka minggu hadapan.



"Saya berdepan dengan muntah-muntah, pening, emosi terganggu, jatuh tandas, kerap tidur dan macam-macam lagi.

"Saya akan ambil serius nasihat untuk banyak berehat dan tidur sebelum kehadiran ahli baru keluarga kami. Setiap keajaiban pun ambil masa untuk tiba," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dijangkakan, Hetty dan suaminya Dani atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London itu akan menimang baby mereka pada Januari 2021.

Untuk rekod, penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2016 dan pernah menyertai program Gegar Vaganza 5.

Klik untuk gambar besar




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: