06 July 2020

AARON AZIZ KONGSI KERETA PERTAMA BANYAK BERJASA, SAKSI CINTANYA & ISTERI: "SIAPA INGAT JANJI DIANA RTM..."


Pelakon Aaron Aziz menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi gambar kereta pertama miliknya yang banyak berjasa kepada dirinya dan kerjaya sebagai pelakon sejak tiga tahun pertama menceburi industri seni Malaysia.





Aaron berkata, kereta jenis Toyota Vios itu digunakan untuk dia berulang alik dari Singapura ke Malaysia, selain mempunyai nilai sentimental apabila menjadi saksi cintanya kepada isteri Datin Diyana Halik.

"Kereta pertama saya, kereta yang banyak berjasa pada tahun 2005 hingga 2008, naik turun Singapura dan Kuala Lumpur selama tiga tahun masa mula berlakon di Malaysia. Kalau siapa ingat drama Janji Diana (RTM) mesti akan ingat kereta ni dan dalam kereta itulah Diyana saya dah berjanji sehidup semati... InsyaAllah," tulisnya menerusi Instagram.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, pelakon filem KL Gangster ini memberitahu kenderaan berwarna hitam itu turut menjadi tempat untuk dia berehat dan melepaskan lelah: "Nama anak saya Anaqi ada di bonet kereta. Kereta inilah menjadi rumah kalau tiada tempat tidur... kereta inilah yang tempat rehat. Kereta inilah yang sangkut banjir dekat Ampang, kereta inilah banyak kena saman sebab nak sampai KL awal. Terima kasih Allah," katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut memuji ketabahan dan pengorbanan Aaron sepanjang memulakan karier di negara orang. Aaron mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik pada Ogos 2003. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 16, Dwi Ariana, 14 dan Dahlia Arissa, 10.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aaron Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: