21 July 2020

"AKHIRNYA KONVO JUGA..." - AZIAH AF2015 SELAMAT BERNIKAH



"Alhamdulillah. Akhirnya graduate juga selepas 12 tahun sampai Master bah ambik course 'Percintaan' ni. Akhirnya konvo juga. Syukur Alhamdulillah, bermula dengan kawan sekolah, sekelas pula tu, dicuba2 nya ses jd gilpirinn nya, sdh bercinta mengharungi segala jenis ribut taufan melanda bersama juaaa hingga lah sah menjadi suami isteri, gituewww.



"Alhamdulillah terima kasih berikan pinjaman dunia ini ya Allah," demikianlah tulis penyanyi yang juga bekas pelajar Akademi Fanfasia 2015 (AF2015), Aziah yang telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, 17 Julai lalu.

Berita gembira tersebut dikongsikan bintang ini yang berasal Tuaran itu menerusi Instagram dan beberapa foto sekitar majlis raja sehari pasangan turut mendapat ucapan tahniah dari kenalan. Aziah pada masa sama turut mengucapkan terima kasih buat semua yang hadir memeriahkan majlis yang dilangsungkan secara sederhana, baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar

"Terima kasih keluarga dan kawan2 yang dtg memeriahkan lagi majlis kami yang sederhana ini.. Maaf andai ada yg tidak terbagi tahu, terlepas pandang. Jujur kami sekeluarga mulanya sukar untuk jemput semua atas sbb keadaan kita yg x baik.

"Tp Alhamdulillah majlis yang sederhana ini cukup meriahhh dan ramai yang berkunjung, terima kasih banyak2, maaf andai ada kekurangan dgn majlis kami. Sesungguhnya yang buruk dari kami yg baik hanya dari Allah swt. Terima kasih," titip Aziah yang menyertai AF2015 bersama Sufie Rashid, Syamel, Bila dan ramai lagi.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aziah AF2015


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: