Pelakon Anita Baharom menerusi laman Instagram telah meluahkan rasa terkilan apabila munculnya sebuah video di YouTube yang menyebarkan fakta tidak betul berhubung situasi terkini kesihatannya. Tambah memburukkan keadaan, tajuk yang digunakan itu seakan menimbulkan fitnah apabila mendakwa Anita kini sedang terlantar.
"Rupanya, mereka datang tu selepas tonton video di YouTube bertajuk 'Terlantar Sakit, Netizen Terkejut Dan Tak Sangka Lihat Keadaan Anita Baharom Sekarang'. Terkejut la saya bila masa pula saya terlantar," katanya.
Klik untuk gambar besar
"Channel ini tidak pernah interview saya, hanya mengambil dari pihak lain tanpa kebenaran. Kejam! tajuk yang mengelirukan telah membuat saya sangat sedih. Boleh ya mempermainkan keadaan kesihatan orang macam ni.
"Saya positif dan lawan sakit saya ni kerana Allah, saya kuatkan semangat lawan sakit saya senang-senang je pihak ini gunakan tajuk tentang sakit. Kalau nak jadi wartawan tolong laa jadi wartawan yang beretika dalam membuat laporan. Jangan buat kerja mudah hanya mengambil hasil kerja orang," ujarnya.
Tambah Anita, buat semua rakan dan sahabat terdekat termasuk di media sosial diharapkan tidak terpedaya dengan fitnah video tersebut: "Saya sekarang dalam keadaan sihat tidak terlantar seperti tajuk artikel di atas. Yaa saya pejuang SLE, cerita tentang saya sakit tak boleh jalan tu semua berlaku sebelum-sebelum ni yang mana sekarang alhamdulillah Allah berikan kesihatan pada saya sedikit demi sedikit.
"Masih ada sakit tapi bukan laa sekarang ni tengah terlantar. Mohon doakan saya sembuh sepenuhnya kuasa Allah siapa yang tahu. Terima kasih atas doa kalian saya doakan Allah berikan kebaikan buat anda juga," jelasnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Anita Baharom
________________________

No comments:
Post a Comment