24 July 2020

AZNIL BERJAYA KUMPUL RM31,000 BANTU PUSAT TAHFIZ: "NAK KEJAR SAHAM AKHIRAT"



Pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi terpanggil untuk mengumpul dana bagi mengurangkan beban anak-anak tahfiz Maahad Tahfizul AlQuran selepas terkesan dengan kehidupan daif mereka. Aznil memohon jasa baik pengikutnya menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit dengan tujuan memperbaiki kediaman anak-anak tahfiz yang terletak di Cheras itu.



"Saya juga nak kejar saham akhirat. Dalam masa sama, saya juga nak ajak semua ke arah sama. Ini antara cara saya nak membantu apa adanya. Alhamdulillah, ada ramai yang bermurah hati mengurangkan beban sekali gus membantu pihak pusat tahfiz ini memperbaiki apa yang kurang. Sejak PKP lalu mereka terus diuji.

"Banyak sudut di pusat tahfiz itu rosak. Ada yang dimakan anai-anai, malah bumbung tempat mereka berteduh pun bocor hingga dimasuki air hujan. Malah masih tinggi lagi tanggungan yang pusat tahfiz ini perlu demi meneruskan operasi. Sekurang-kurangnya dengan bantuan yang menderma dapat mengurangkan masalah ditanggung," kata Aznil.

Klik untuk gambar besar

Sehingga kini sebanyak RM31,000 berjaya dikumpul untuk disalurkan ke pusat tahfiz itu berkat derma orang ramai termasuk peminatnya. Dalam pada itu, Aznil yang baharu saja melancarkan single mengenai kisah buli siber berjudul 'Apo' itu memberitahu, dia mengetahui kewujudan pusat tahfiz itu kira-kira tiga tahun lalu menerusi pengurusnya.

"Ada dalam 30 orang anak tahfiz di situ. Tenaga pengajar pula sekitar empat orang. Saya pernah juga menganjurkan majlis khatam Al Quran untuk anak tahfiz di situ sebelum ini. Dalam hati juga pernah terdetik nak jadikan ambil beberapa orang daripada anak tahfiz itu sebagai anak angkat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aznil yang terkenal dengan sikap pemurah turut menganjurkan Class Of Infuencer secara percuma di Shah Alam Sabtu lalu. Bengkel perkongsian ilmu mengenai yang menekankan kepentingan kuasa vokal dalam dunia digital itu berlangsung selama empat jam itu diadakan di Akademi Eskayvie. Ia membabitkan kira-kira 16 ‘influencer’ yang popular dan mempunyai ramai pengikut di Instagram.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aznil Hj Nawawi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: