24 July 2020

DITUDUH GADIS MURAHAN - ALYA IMAN NAFI JALIN HUBUNGAN DENGAN ZIZAN



Anak kepada Allahyarham pelakon filem 'Ali Setan', Azmil Mustapha iaitu pelakon baharu, Alya Iman terkilan apabila timbul dakwaan menjalinkan hubungan cinta dengan pelawak dan pelakon Zizan Razak serta dituduh sebagai gadis murahan yang kini sedang hangat diperkatakan.



Tampil menjelaskan perkara sebenar, Alya atau nama penuhnya Nur Alya Iman Azmil, 19, berkata dia dan Zizan hanya berkawan tanpa membabitkan soal perasaan: "Saya dan Zizan hanya berkawan sahaja, komen yang ditulis itu semua tidak betul. Saya pun tidak tahu siapa yang nak buat (fitnah) saya macam ini, mungkin orang dengki atau dendam dengan saya," ujarnya.

Malah pemilik akaun itu mendakwa Alya juga merupakan seorang gadis murahan kerana sering didampingi ramai lelaki. Selain itu Alya yang juga anak kepada pelakon legenda Azmil Mustapha mengakui ini bukan kali pertama dia diganggu dengan komen-komen berunsur fitnah seperti itu.

Namun jelas Alya, kebanyakan tuduhan dibuat menerusi platform media sosial pihak lain: "Dia tidak komen di Instagram saya tapi di akaun orang lain... kawan-kawan yang memaklumkan kepada saya.

Klik untuk gambar besar

"Mula-mula risau sebab dia burukkan nama saya dan cakap macam-macam tentang saya... kalau berterusan begini macam mana nak cari makan. Tapi apabila difikirkan balik, benda itu tidak betul dan saya tidak buat seperti yang didakwa... kebenaran akan muncul," tuturnya.

Dalam pada itu Alya yang mula berkecimpung dalam dunia peragaan sejak enam tahun lalu berkata dia terkilan apabila nama bapanya turut dikaitkan dengan isu sebegini: "Sebab itu saya katakan bawa nama sebagai anak Azmil Mustapha sangat membebankan.

"Apabila benda-benda buruk jadi, orang akan cakap... tak nak jaga nama arwah ker? Tapi bukan salah saya! Jadi saya amat kecil hati kerana apa yang disebarkan adalah fitnah, stop guna nama bapa," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Achey & Anne


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: