24 July 2020

SAFIEY NAFI TOLAK ISLAM DEK KERANA TOLAK PU: "TAK BOLEH PAKSA, SAYA ADA HAK PILIH"



"PU tak boleh paksa saya untuk selesa dengan dia. Kalau dia jemput saya untuk diberikan nasihat tapi saya tak nak, jangan la terasa hati. Macam dikata seolah-olah saya menolak ajakan dia, saya menolak Islam. Tidak! Saya hanya menolak pelawaan awak sebab saya tak selesa dengan awak.



"Awak tak boleh paksa orang untuk suka awak. Saya ada hak untuk memilih," demikian jelas usahawan kontroversi, Safiey Illias yang menegaskan dia hanya menolak ajakan Pencetus Ummah (PU) untuk bertemu bukan ajaran Islam.

Jelas Safiey, PU terbabit tidak boleh memaksa kerana dia berhak untuk memilih dengan siapa yang dia selesa. Sementara itu, pelantun lagu Syinta Gila ini berharap agar teguran dibuat dengan cara yang betul kerana dia seorang yang bersikap terbuka.

"Biasanya saya memang akan rujuk, mereka akan datang rumah. Kadang-kadang tu tak beritahu dan tidak diwar-warkan di media sosial pun. Mereka memang ikhlas. Saya sangat terbuka untuk terima nasihat sebab bagi saya ia satu pengetahuan.

"Meskipun dah tahu tapi kita bukanlah manusia yang baik. Sekurang-kurangnya orang tegur kerana orang sayang. Cuma cara nak tegur biarlah betul. Bukan kau tegur, hujung-hujung kau jual buku. Itu namanya kau yang kena tegur," katanya lagi.

Sebelum ini, Safiey menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan mana-mana pendakwah yang berniat untuk membimbingnya. Oleh sebab itu, PU Syed Bakri menjemput Safiey dan Nur Sajat untuk bersemuka dengannya yang kini berada di Ipoh, Perak. Namun, Safiey mengubah keputusannya dan hanya ingin bertemu dengan Ebit Lew.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: