24 July 2020

BILA IQRAM JANA PENDAPATAN DI 'BIGO LIVE' SELEPAS TIADA TAWARAN BERLAKON



Pelakon sensasi Iqram Dinzly sudah sekian lama tidak menerima sebarang tawaran berlakon sejak beberapa tahun ini. Meskipun begitu, Iqram memberitahu dia menggunakan platform media sosial bagi menjana pendapatan. Menurut Iqram atau nama penuhnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 38, dia aktif menggunakan aplikasi sembang Bigo Live sejak dua tahun lalu dan menerima bayaran ribuan ringgit sebulan.



"Selama empat tahun setengah saya menetap di Ipoh, Perak dan buat perniagaan kecil-kecilan bagi menampung kehidupan... tapi ramai juga yang tak tahu saya jana pendapatan menerusi aplikasi Bigo. Bulan pertama guna aplikasi itu saya dapat RM5,000 dan sekarang ini purata dalam RM2,000 sebulan. Akaun saya pernah disekat selama setahun kerana melanggar terma dan syarat yang ditetapkan Bigo.

"Alhamdulillah rezeki itu ada. Kalau tanya fasal lakonan, sejujurnya saya masih mahu berlakon tapi rasanya sekarang ini saya lebih berminat berlakon menerusi platform media sosial seperti YouTube," katanya.

Dalam pada itu, Iqram yang mahu dikenali sebagai IQ Dinzly turut meluahkan rasa syukur dipertemukan sahabat lama iaitu penyanyi kembar Syazara Aishah dan Hanim Fariza atau lebih dikenali sebagai AishaHanim yang sentiasa memberikan sokongan termasuklah dari segi kewangan.

Klik untuk gambar besar

Gara-gara sering dilihat bersama, ada tanggapan negatif kononnya dia ditaja oleh penyanyi duo itu. Menjelaskan mengenai perkara tersebut, Iqram berkata dia sudah menganggap kedua-dua wanita itu sebagai sahabat tempatnya berkongsi luahan hati.

"Saya anggap mereka seperti bidadari yang berhati mulia. Saya bersyukur ketika orang pandang saya hina, mereka pula sebaliknya. Kami berjumpa semula dan mereka bantu saya dalam beberapa projek seperti jubah dan sebagainya... mereka jadi tempat saya luahkan perasaan serta berkongsi aktiviti kehidupan," ujarnya.

Sementara itu, penyanyi duo ini menafikan dakwaan menaja kehidupan pelakon drama 'Dunia Baru' ini, sebaliknya lebih kepada menyokong dan membantu Iqram untuk kembali ke pangkal jalan: "Kebetulan kami tinggal satu kampung di Ipoh dan kami lebih rapat dengan arwah kakaknya. Jadi daripada situlah hubungan kami kembali rapat.

"Tak ada istilah kami taja hidup dia seperti yang disangka... sebagai kawan kami terpanggil untuk membantu Iqram daripada terus leka dengan dunianya dan beri semangat untuk dia teruskan hidup. Mungkin apabila di media sosial dia berkelakuan pelik tapi kalau jumpa depan-depan dia normal sahaja macam orang lain. Sepanjang perkenalan ini dia tak pernah beri masalah kepada kami," jelas Aisha.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Iqram Dinzly


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: