11 July 2020

"BOIKOT MAKHLUK TAK RETI MALU TERHADAP ALLAH" - USTAZ AHMAD DUSUKI



"Umat Islam wajib memboikot makhluk yang tak reti malu terhadap Allah ini. Tiada ruang perasaan belas kepada pelaku maksiat kecuali taubat kepada Allah," demikianlah kata pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki yang menggesa umat Islam supaya memboikot usahawan kosmetik Nur Sajat, agar dia menghentikan aksi-aksi memalukan umat Islam.



Menerusi perkongsian di Instagram pada Jumaat, pendakwah tersebut meluahkan rasa kesal terhadap Sajat yang tidak berhenti melakukan perkara berunsur maksiat dan mengundang murka Allah kepada umat Islam di Malaysia. Ustaz Ahmad Dusuki turut menasihati orang ramai supaya tidak mencontohi dan mengikuti sikap Sajat yang dilaknat Allah.

"Belum cukup lagikah pengajaran demi pengajaran yang ditunjukkan oleh Allah sehingga perlu kepada makhluk sebegini tidak berhenti mengundang murka Allah kepada kita semua. Tolong jangan diikuti dan dicontohi sikap yang dilaknat oleh Allah dan para malaikat kepada golongan sebegini," ujarnya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, dia turut meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas Sajat dan golongan serupa dengannya: "Maklumkan kepada semua keluarga dan masyarakat ini. Saya pohon pihak berkuasa mengambil tindakan yang sepatutnya kepada golongan ini," ujarnya.

Tindakan Sajat memuat naik video-video tidak sopan dan lucah di laman sosial mengundang rasa kurang senang banyak pihak. Sebelum ini, Pencetus Ummah (PU) Amin dan Syed turut meluahkan rasa kecewa terhadap perbuatan Sajat dan meminta orang ramai memboikot usahawan tersebut.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: