25 July 2020

"DAH LOGIK SAYA KAHWIN" - "PU RIZ, DIA BAIK DAN PUNYA ASAS AGAMA YANG BAGUS" - NEELOFA



"Kami sejujurnya sudah saling bekerjasama sejak tiga ke empat tahun yang lalu. Malah selepas isu pelancaran tudung di sebuah pusat hiburan dahulu pun, sejak itu kami banyak lakukan bersama.

"Misalnya bersama dengan Ustaz Tarmizi dan Hariz (PU Riz) sendiri. Kebanyakan program yang dilakukan tidak melibatkan media dan hanya tertumpu kepada 'team' Naelofar Hijab. Jadi ia tidak terlalu didedahkan," demikian pengakuan Neelofa yang sudah kalis dengan gosip apabila sering dikaitkan dengan beberapa selebriti sebelum ini.

Malah gosip terkininya dengan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Riz dianggapnya sebagai asam garam selebriti yang sudah lebih sedekad dalam bidang hiburan.



"Malah sebelum ini pun ada juga kami lakukan bersama majlis buka puasa dan sesi tazkirah misalnya. Cuma sekarang ada yang kaitkan mungkin kerana penglibatannya lebih kerap.

"Contohnya menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, Riz adalah sebagai jurucakap pertubuhan ini. Boleh dikatakan, dua ustaz ini merupakan antara individu yang kerap saya bekerjasama.

"ia seorang yang mempunyai asas agama yang bagus. Maksudnya, bagi saya dia seorang pendakwah yang boleh menarik minat ramai untuk mendengar. Ia satu perkara yang mungkin tidak ramai orang ada. Dia juga bijak," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Mengenai jodoh, Neelofa sekali lagi menegaskan dirinya akan akan berkongsi mengenai perkara tersebut seandainya semuanya sudah kukuh dan mendoakan yang terbaik daripada semua.

Klik untuk gambar besar

"Pasal kahwin bagi saya terlalu sangat banyak versi cerita sementelah saya dikaitkan dengan beberapa orang sebelum ini. Tidak akan saya kongsi atau berikan kata putus selagi itu (berkahwin) tidak terjadi dalam hidup saya.

"Saya akan beritahu rakan media, akan kongsi kalaulah perkara yang baik ini akan berlaku, saya gemar untuk kongsikan ia dengan semua orang.

"Kalau nak diikutkan pada umur saya sekarang, memang sudah logiklah untuk berkahwin. Memang relevan untuk ditanya hal itu.

"Kalau ditanya sejujurnya, saya mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam tiga atau empat tahun lagi mengenangkan komitmen lain yang perlu saya selesaikan," kata Neelofa yang ditemui Media Hiburan pada sidang media program Next To Neelofa di Alexis, Bangsar Shopping Central, Kuala Lumpur baru-baru ini.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: