25 July 2020

HATI BERSIH KUNCI KEJAYAAN, KATA SAJAT



"Ramai yang mengutuk, ramai yang hina, tetapi saya berdiam tidak layan apa mereka lemparkan kata-kata kesat pada saya.

"Saya tidak pernah terfikir hendak mengeluarkan kata kesat pada sesiapa pun. Sebab saya tidak ada masa untuk mengumpat pasal hal orang lain.

"Saya tidak pernah hendak pandang serong pada orang lain atau cemburu pada kejayaan orang lain," kongsi Sajat di laman sosialnya.



"Kenapa perlu kutuk, caci, sakit hati,mengata sana sini?? Patutnya jadikan inspirasi untuk diri masing-masing.

"Bukan hina sampai buat orang sakit hati, rahsia kerjayaan seseorang itu, hati kena bersih. Jangan pandang orang itu melalui luaran sahaja kita tak tahu dia macam mana. Saya bukan kata pada diri saya tapi saya berkata secara umum.

"Bukan lebih baik kita ambil yang positif pada seseorang itu. Kenapa kita nak menghukum orang sampai awak rasa awak hendak membuat kerja Tuhan?," tulisnya lagi.

Klik untuk gambar besar

"Jika anda masih terus suka menghina hina orang, mengata orang atau suka provokasi pada Individu.. percaya, awak tak kan maju kehadapan jika masih berterusan begini.

"Rahsia kejayaan saya… pandang setiap benda dari sudut positive.. jaga mulut untuk berkata kata.. sebab mulut yang berkata itu,adalah menilaikan diri seseorang itu," tambahnya seolah memberi ceramah.

Bila baca nasihat Sajat ni, ada segelintir netizen yang bertanya... mereka kena gelak ke atau kena nangis guling-guling tanda keinsafan? Heh.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: