Meskipun suaminya didakwa mencederakan isterinya, S. Pavithra, namun Pavithra dilaporkan telah menarik balik laporan polis dan mengikat jamin suaminya sebanyak RM10,000. Dia juga mengakui sudah memaafkan kesalahan suaminya itu ketika mabuk.
"Kami baru jadi youtubers dan kami tidaklah hebat sangat dan kami memang tak layak untuk jadi ikon Perak dan apa-apa lagi.
"Selepas ini kami tidak mahu jadi orang dikenali ramai. Semua itu kami tak nak. Kami orang biasa saja, jadi biarkan kami hidup seperti biasa. Kami tak layak dapat gelaran ikon sebab ramai orang yang berbakat ada di luar sana.
"Kami jaga youtube, nak fokus youtube saja, kami orang biasa jadi pangkat memang kami tidak mahu," tambahnya dipetik sebagai berkata.
www.myartis.com / Sumber: HM
________________________

No comments:
Post a Comment