13 July 2020

DIJANGKA LAHIR 17 JULAI - BONDA ROZITA TIMANG CUCU KE-8 AWAL



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, ibu kepada Datuk Aliff Syukri iaitu usahawan Rozita Ibrahim memaklumkan dia baru sahaja menimang cucu kelapan, beberapa hari lalu. Figura yang sinonim disapa sebagai Bonda Rozita itu turut berkongsi, cucu lelakinya itu sepatutnya 17 Julai depan.



"Ajim @aimanhazeem_ kata "Carikan lah nama ami..!! Kalau ikut ajim sulaiman je.." sy ketawa kenapa tua sgt namanya, sbb ajim suka Nabi Allah Sulaiman. Dia pandai jinakkan binatang.. lepastu sy tambah2 Abu Sulaiman Fareeq (nama ini hanya sekadar seloka family, xpasti nk lg nk letak nama apa). Cucu ke-8..!! Sepatutnya bersalin 17hb nanti.. babynya terlalu kecil dn air ketubannya dikatakn kering..! Sbb tu doc induce malam tadi pukul 10malam," katanya.

Pada masa sama, Bonda Rozita turut menzahirkan rasa syukur kerana si ibu tidak mengalami sakit bersalin yang agak lama ketika proses melahirkan: "Alhamdulillah sakitnya x lama drpd pukul 12 dn melahirkn pada pukul 7pagi tadi... baby x sampai pun 2.5kg lelaki," katanya lagi.

Sementara itu menerusi satu entri lainnya pula, Bonda Rozita berkongsi cara-cara membengkung, mandi herba serta penjagaan diri buat si ibu dan anak yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube miliknya.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Bonda Rozita


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: